Thursday, 26 February 2015

Team Building with PCSB Sports Committes


VENUE : ASIAN WATERSPORTS VILLAGE PUCHONG
DATE : 24 - 25 January 2015 (2D1N) 
 
 
 


On the way to destination by boat.






 























 
 
 

Wednesday, 25 February 2015

Warkah untuk Anak - Version 1.0


Ya Allah,
panjangkanlah umur anak-anakku 
lindungilah mereka walau dimana mereka berada
berikan kesihatan rohani dan jasmaninya
Indahkan akhlaknya, fasihkanlah lisannya
Demi Al-Quran dan hadis dengan berkat
Nabi Muhammad S.A.W dan segala puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam.

Anakku sayang,
Tangisanmu memecah sepi
Kelahiran mu ditunggu tak diragui
Diazan ayah ditelinga supaya engkau dijagai
Alunan zikir tidurmu sidodoi.

Sakit kamu sakitlah mama
Sihat kamu sihatlah mama
Gelak tawa menggiringi bahagia
Indahnya hidup tidak terhingga. 

Kini kamu meniti remaja
Cabaran yang datang tidak disangka
Hadapilah anakku dengan ilmu didada
Tolak yang buruk, ikuti yang indah belaka.

Solat itu tiang agama
Doa itu senjata kita
Semuga tidak hilang arah dan pegangan
Jagalah akhlak dan tingkahlaku mu anak
Kemudian hidup dirahmati Yang Maha Esa.

Demi teknologi yang berkembang kini
Janganlah anakku rugikan diri
Ilmu agama itu perlu dijagai dan diterokai
Semuga hidup kamu diberkati.

Jagalah akhlak mu di bumi ini
Langkahmu jangan dicemari
Aturkan dan harumkan bahasamu seindah bunga lili
Ingatlah anak pesanan mama ini.

Yang pipih tak datang melayang
Yang bulat tak datang bergolek
Buatlah yang elok sayang
Agar hidupmu tenang kelak.

Cubalah untuk menerima hakikat
walaupun terlalu kelat
Kerana ITU adalah azimat
Yang harus kau ingat.

Janganlah kamu leka dunia
Itu semua mainan dan hiburan semata-mata
Ingatlah akhirat menanti kita di sana
Penuhkanlah dirimu dengan ilmu agama.

Apabila mama dan ayah pergi tak kembali
Doakan kami jangan dilupai
Mandikan jenazah kami ingatlah nanti
Semuga di shurga kita jumpa lagi.

Nukilanrasa : Mama
Teristimewa untuk : Nayli & Aiman
 

 Lukisan dari hati kecil Nayli




Koleksi dari hati kecil Aiman Nazmi











 
 
 
 
 

Tuesday, 21 October 2014

Office Outing aka Team Building 2D1N @ Eagle Ranch Port Dickson

Bukan senang nak organise sesuatu activiti ni sebab aku sendiri pun selalu melaluinya. Sambutan dan penyertaan dari rakan pejabat memang diharapkan. Penyertaan aku ni untuk menunjukkan aku 'sapot' mereka. Kenalah terima kasih pada suami dan anak-anak juga kerana memberi keizinan pada aku ni. I love you all....

Mission : Team Building
Action : 18-19 October 2014 > 2d1n


Dari Shah Alam kami exit KLIA menyusuri Ladang Bukit Pelanduk. Sekejap jer dah sampai. Sesampai jer kami rehat sambil mengisi perut di PD Waterfront tapi lepas ni kami harus meneruskan  lagi. Mungkin lebih kurang 20 minit untuk sampai ke tempat yang dituju. 




Aikk.. Kena lompat pulak... Layan jelahhhhh... (Terapung jgk aku.. Hahahaha). Ni perut tengah kenyang ni.. Jangan terburai isi perut dah la.... 






Akhirnya sampai jugak ditempat yang dituju. Banyak jugak organisasi lain yang terlibat. Apa-apa pun kami pusing-pusing dulu sebelum daftar masuk hostel. Credit to Russell Wong from Precision Control for all the photos.







My chinese fren yg tengah tu cakap.. We are part of the mural..... Hmmmmm Eh ya tak ya jugak....

Cantik gambar ini kan. Ada kelembutan, ketenangan, kedamaian.... Tapi sebenarnya kami terpaksa melalui 20 halangan orang putih kata twenty obstacles tepat pukul 230 petang sabtu tu. Coach tu garang jugak. Seremmmm haku.... Sampai luka la jari aku dek kerna aktiviti lasak tu. Jatuh bangun perkara biasa semasa melakukan aktiviti-aktiviti tersebut. Nasib baik aku ni budak kampung. Cuma usia dan bebanan saja yang berbeza.



Selepas selesai aktiviti '20 obstacles' tadi ada satu lagi aktiviti yang kami perlu selesaikan iaitu membuat rakit (Sea Rafting). Biarlah gambar yang berbicara. Bayangkan tongahari tongah paneh. Kami ada tiga kumpulan. Setiap kumpulan kena siapkan rakit dalam masa yang ditetapkan. Lepas itu kena dayung ke laut untuk mendapatkan bendera yang sudah dicacakkan. Patah balik ke darat pastu kena leraikan balik rakit tu.... Ayoo yoooo huhuhu. Selesai semua coach pun announce kumpulan mana yang menang. Keputusan keseluruhan dimenangi oleh kumpulan aku iaitu Kumpulan Tiger dengan slogan.... HARI HARI MAU..... AUMMMMMMMMMM








Berjaya mendapatkan bendera. 



Makan malam atas bumbung. Ini saat yang kuidamkan. Aktiviti siang tadi mungkin separuh kalori kami dah hilang. Makanan ini akan ditukar jadi tenaga balik. Esok ada lagi aktiviti. Aktiviti esok lagi separuh kalori akan hilang. 














Credit to Russell Wong from Precision Control for all the photos.







Hari ke-2 : itu la bentuk kabin kami untuk tidur. Ni pagi-pagi lagi dah nak keluar mengeteh kat Batu 8 Toluk Komang.... Biasanya kalau kat rumah ni keluar pagi sebab nak pergi pasar beli ikan.... Harini kita enjoyyyyyy...


Ini menu untuk sarapan kami. Tengok buih teh tarik tu, bukan main tinggi lagi. Apa-apa pun kami seronok. Sempat jugaklah menyusuri pantai. Lepas itu kami terpaksa cepat berkejar ke Tanjung Tuan untuk activiti mendaki untuk ke Rumah Api. Semua dah ada kat sana. Masa kami sampai pun mereka dah naik ke atas. Maka kami terpaksalah meneruskan pendakian.


Pendakian bermula. Ini 'geng' kami jugak. Diaorang pegi dulu. Kami kendian.