Wednesday, 26 August 2015
Wednesday, 27 May 2015
Monday, 2 March 2015
Roti Bakar Simple
![]() |
Bila pagi-pagi memang la kelam-kabut sikit. Gas stove problem pulak. Nasib baik ada periuk ajaib Noxxa. Memang membantu walaupun untuk membakar Roti Bakar. |
![]() |
Siap dah. Senang sungguh. Terima kasih Noxxa. |
Sunday, 1 March 2015
Mee Kari vs Nasi Impit Kuah Kacang
Bismillahhirrohmannirrohhim
Ini kisah periuk ajaib Noxxa. Pagi tadi saya cuba masak mee kari untuk sarapan pagi merangkap lunch. Not bad. Family suka. Memang sedap sebab resepi internet ni memang sedap. Masa memasak pun pendek dan amat mudah. Itu yang paling penting. Tapi maaf tak sempat nak snap gambar mee kari sebab semua orang dah lapar kerana aromanya sudah menerobos keluar ....
Untuk makan malam saya nak cuba masak nasi impit pulak guna periuk yang sama iaitu periuk ajaib Noxxa. Kita set masa 25 minit sahaja. Jom cuba. Ini percubaan pertama saya.
Alhamdullilah. Siap dah 25 minit je masak nasi impit. Oleh itu kita boleh abaikan arahan diplastik yang memakan masa 60-90 minit. Syukur yarobbi.
Ok sekarang turn panaskan kuah kacang pulak. Selepas ni bolehlah menjamu selera bersama keluarga tercinta.
Thursday, 26 February 2015
Alif Ba Ta di Rumah Gadang
![]() |
Ini bukan acara tahunan tapi sebagai satu bekalan
Setiap hari ahad kalau ada kelapangan
Dimulakan dengan budak-budak memperdengarkan bacaan
Selepas zuhur orang dewasa pulak melantunkan alunan.
|
![]() |
Ustaz sedang 'mengecheck' bacaan omak. |
![]() |
Mat Jackie tak ketinggalan menyertai. Syabas pada semua. |
![]() |
Ustaz lulusan dari Universiti Mesir. Ustaz cucu menantu mak saya. Suami kepada Norhazimah Haris. Ustaz baik orangnya. Budak-budak pun bersopan jer. |
![]() |
Sementara budak-budak mengaji
Emak sempat masak untuk makan tengahari
Masakan exotic pilihan hati
Itulah mak sayo yang dikasihi.
|
![]() |
Jom LoVe and ReAd QURAN! |
Team Building with PCSB Sports Committes
VENUE : ASIAN WATERSPORTS VILLAGE PUCHONG
DATE : 24 - 25 January 2015 (2D1N)
On the way to destination by boat.
Wednesday, 25 February 2015
Warkah untuk Anak - Version 1.0
Ya Allah,
panjangkanlah umur anak-anakku
lindungilah mereka walau dimana mereka berada
berikan kesihatan rohani dan jasmaninya
Indahkan akhlaknya, fasihkanlah lisannya
Demi Al-Quran dan hadis dengan berkat
Nabi Muhammad S.A.W dan segala puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam.
Anakku sayang,
Tangisanmu memecah sepi
Sakit kamu sakitlah mama
Kini kamu meniti remaja
Cabaran yang datang tidak disangka
Hadapilah anakku dengan ilmu didada
Tolak yang buruk, ikuti yang indah belaka.
Solat itu tiang agama
Doa itu senjata kita
Semuga tidak hilang arah dan pegangan
Jagalah akhlak dan tingkahlaku mu anak
Kemudian hidup dirahmati Yang Maha Esa.
Demi teknologi yang berkembang kini
Janganlah anakku rugikan diri
Ilmu agama itu perlu dijagai dan diterokai
Semuga hidup kamu diberkati.
Jagalah akhlak mu di bumi ini
Langkahmu jangan dicemari
Aturkan dan harumkan bahasamu seindah bunga lili
Ingatlah anak pesanan mama ini.
Yang pipih tak datang melayang
Cubalah untuk menerima hakikat
Apabila mama dan ayah pergi tak kembali
Koleksi dari hati kecil Aiman Nazmi
berikan kesihatan rohani dan jasmaninya
Indahkan akhlaknya, fasihkanlah lisannya
Demi Al-Quran dan hadis dengan berkat
Nabi Muhammad S.A.W dan segala puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam.
Anakku sayang,
Tangisanmu memecah sepi
Kelahiran mu ditunggu tak diragui
Diazan ayah ditelinga supaya engkau dijagai
Alunan zikir tidurmu sidodoi.
Sakit kamu sakitlah mama
Sihat kamu sihatlah mama
Gelak tawa menggiringi bahagia
Indahnya hidup tidak terhingga.
Kini kamu meniti remaja
Cabaran yang datang tidak disangka
Hadapilah anakku dengan ilmu didada
Tolak yang buruk, ikuti yang indah belaka.
Solat itu tiang agama
Doa itu senjata kita
Semuga tidak hilang arah dan pegangan
Jagalah akhlak dan tingkahlaku mu anak
Kemudian hidup dirahmati Yang Maha Esa.
Demi teknologi yang berkembang kini
Janganlah anakku rugikan diri
Ilmu agama itu perlu dijagai dan diterokai
Semuga hidup kamu diberkati.
Jagalah akhlak mu di bumi ini
Langkahmu jangan dicemari
Aturkan dan harumkan bahasamu seindah bunga lili
Ingatlah anak pesanan mama ini.
Yang pipih tak datang melayang
Yang bulat tak datang bergolek
Buatlah yang elok sayang
Agar hidupmu tenang kelak.
Cubalah untuk menerima hakikat
walaupun terlalu kelat
Kerana ITU adalah azimat
Yang harus kau ingat.
Janganlah kamu leka dunia
Itu semua mainan dan hiburan semata-mata
Ingatlah akhirat menanti kita di sana
Penuhkanlah dirimu dengan ilmu agama.
Janganlah kamu leka dunia
Itu semua mainan dan hiburan semata-mata
Ingatlah akhirat menanti kita di sana
Penuhkanlah dirimu dengan ilmu agama.
Apabila mama dan ayah pergi tak kembali
Doakan kami jangan dilupai
Mandikan jenazah kami ingatlah nanti
Mandikan jenazah kami ingatlah nanti
Semuga di shurga kita jumpa lagi.
Nukilanrasa : Mama
Teristimewa untuk : Nayli & Aiman
Lukisan dari hati kecil Nayli
Koleksi dari hati kecil Aiman Nazmi
Subscribe to:
Posts (Atom)