Sunday 1 March 2015

Mee Kari vs Nasi Impit Kuah Kacang

Bismillahhirrohmannirrohhim
Ini kisah periuk ajaib Noxxa. Pagi tadi saya cuba masak mee kari untuk sarapan pagi merangkap lunch. Not bad. Family suka. Memang sedap sebab resepi internet ni memang sedap. Masa memasak pun pendek dan amat mudah. Itu yang paling penting. Tapi maaf tak sempat nak snap gambar mee kari sebab semua orang dah lapar kerana aromanya sudah menerobos keluar ....

Untuk makan malam saya nak cuba masak nasi impit pulak guna periuk yang sama iaitu periuk ajaib Noxxa. Kita set masa 25 minit sahaja. Jom cuba. Ini percubaan pertama saya.



Alhamdullilah. Siap dah 25 minit je masak nasi impit. Oleh itu kita boleh abaikan arahan diplastik yang memakan masa 60-90 minit. Syukur yarobbi.

Ok sekarang turn panaskan kuah kacang pulak. Selepas ni bolehlah menjamu selera bersama keluarga tercinta.


No comments:

Post a Comment