Sunday, 6 August 2017

Roti Jala berserawa durian kampung

Hari ini mood rajin. Sementara nak buat breakfast sempat juga sediakan bahan-bahan untuk makan tengahari nanti.

Jom layan menu breakfast saya hari ini.

Untuk diblender semua dlm satu masa.
3 cawan tepung
3 1/2 cawan santan
Secubit garam
Pewarna hijau dan kuning

Kemudian bahagikan kepada 2 bahagian dan letak warna hijau dan satu botol lagi warna kuning. 
Sementara itu panaskan kuali dan tebarlah satu persatu

Selamat mencuba...





Monday, 2 March 2015

Roti Bakar Simple

Bila pagi-pagi memang la kelam-kabut sikit. Gas stove problem pulak.
Nasib baik ada periuk ajaib Noxxa.
Memang membantu walaupun untuk membakar Roti Bakar.
 
Siap dah. Senang sungguh. Terima kasih Noxxa. 
 
 

Sunday, 1 March 2015

Mee Kari vs Nasi Impit Kuah Kacang

Bismillahhirrohmannirrohhim
Ini kisah periuk ajaib Noxxa. Pagi tadi saya cuba masak mee kari untuk sarapan pagi merangkap lunch. Not bad. Family suka. Memang sedap sebab resepi internet ni memang sedap. Masa memasak pun pendek dan amat mudah. Itu yang paling penting. Tapi maaf tak sempat nak snap gambar mee kari sebab semua orang dah lapar kerana aromanya sudah menerobos keluar ....

Untuk makan malam saya nak cuba masak nasi impit pulak guna periuk yang sama iaitu periuk ajaib Noxxa. Kita set masa 25 minit sahaja. Jom cuba. Ini percubaan pertama saya.



Alhamdullilah. Siap dah 25 minit je masak nasi impit. Oleh itu kita boleh abaikan arahan diplastik yang memakan masa 60-90 minit. Syukur yarobbi.

Ok sekarang turn panaskan kuah kacang pulak. Selepas ni bolehlah menjamu selera bersama keluarga tercinta.


Thursday, 26 February 2015

Alif Ba Ta di Rumah Gadang

Ini bukan acara tahunan tapi sebagai satu bekalan
Setiap hari ahad kalau ada kelapangan
Dimulakan dengan budak-budak memperdengarkan bacaan
Selepas zuhur orang dewasa pulak melantunkan alunan.
 
Ustaz sedang 'mengecheck' bacaan omak.
 
Mat Jackie tak ketinggalan menyertai. Syabas pada semua. 
 
Ustaz lulusan dari Universiti Mesir. Ustaz cucu menantu mak saya.
Suami kepada Norhazimah Haris. Ustaz baik orangnya. Budak-budak pun bersopan jer.
 
Sementara budak-budak mengaji 
Emak sempat masak untuk makan tengahari
Masakan exotic pilihan hati
Itulah mak sayo yang dikasihi.
 
 
 
 
 
 
Jom LoVe and ReAd QURAN!








 
 

Team Building with PCSB Sports Committes


VENUE : ASIAN WATERSPORTS VILLAGE PUCHONG
DATE : 24 - 25 January 2015 (2D1N) 
 
 
 


On the way to destination by boat.