Ini kisah periuk ajaib Noxxa. Pagi tadi saya cuba masak mee kari untuk sarapan pagi merangkap lunch. Not bad. Family suka. Memang sedap sebab resepi internet ni memang sedap. Masa memasak pun pendek dan amat mudah. Itu yang paling penting. Tapi maaf tak sempat nak snap gambar mee kari sebab semua orang dah lapar kerana aromanya sudah menerobos keluar ....
Untuk makan malam saya nak cuba masak nasi impit pulak guna periuk yang sama iaitu periuk ajaib Noxxa. Kita set masa 25 minit sahaja. Jom cuba. Ini percubaan pertama saya.
Alhamdullilah. Siap dah 25 minit je masak nasi impit. Oleh itu kita boleh abaikan arahan diplastik yang memakan masa 60-90 minit. Syukur yarobbi.
Ok sekarang turn panaskan kuah kacang pulak. Selepas ni bolehlah menjamu selera bersama keluarga tercinta.
lindungilah mereka walau dimana mereka berada berikan kesihatan rohani dan jasmaninya Indahkan akhlaknya, fasihkanlah lisannya Demi Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W dan segala puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam. Anakku sayang, Tangisanmu memecah sepi
Kelahiran mu ditunggu tak diragui
Diazan ayah ditelinga supaya engkau dijagai
Alunan zikir tidurmu sidodoi.
Sakit kamu sakitlah mama
Sihat kamu sihatlah mama
Gelak tawa menggiringi bahagia
Indahnya hidup tidak terhingga.
Kini kamu meniti remaja Cabaran yang datang tidak disangka Hadapilah anakku dengan ilmu didada Tolak yang buruk, ikuti yang indah belaka. Solat itu tiang agama Doa itu senjata kita Semuga tidak hilang arah dan pegangan Jagalah akhlak dan tingkahlaku mu anak Kemudian hidup dirahmati Yang Maha Esa. Demi teknologi yang berkembang kini Janganlah anakku rugikan diri Ilmu agama itu perlu dijagai dan diterokai Semuga hidup kamu diberkati. Jagalah akhlak mu di bumi ini Langkahmu jangan dicemari Aturkan dan harumkan bahasamu seindah bunga lili Ingatlah anak pesanan mama ini.
Yang pipih tak datang melayang
Yang bulat tak datang bergolek
Buatlah yang elok sayang
Agar hidupmu tenang kelak.
Cubalah untuk menerima hakikat
walaupun terlalu kelat
Kerana ITU adalah azimat
Yang harus kau ingat. Janganlah kamu leka dunia Itu semua mainan dan hiburan semata-mata Ingatlah akhirat menanti kita di sana Penuhkanlah dirimu dengan ilmu agama.