Friday, 20 June 2014
Thursday, 19 June 2014
FIFA WORLD CUP 2014 #ola Bola
Ini pun orang panggil demam jugak ni. Demam bola namanya.
KUALA LUMPUR - Simptom demam Piala Dunia 2014 yang melanda negara ketika ini telah menyebabkan banyak syarikat mengalami kerugian besar apabila prestasi produktiviti pekerja terjejas apabila berlaku peningkatan kes pengambilan cuti sakit (MC), lewat ke tempat kerja dan ponteng.
Keadaan itu berlaku apabila ramai pekerja terpaksa bersengkang mata untuk menonton perlawanan bola sepak tersebut sehingga mengakibatkan mereka tidak cukup tidur dan rehat.
Ini berikutan waktu siaran langsung perlawanan bola sepak itu yang berlangsung di Brazil bermula dari pukul 12 tengah malam hingga 8 pagi.
Kempen Piala Dunia 2014 itu diadakan dari 12 Jun hingga 14 Julai ini.
Berdasarkan kaji selidik yang dijalankan oleh Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) untuk Piala Dunia 2010, sebanyak 61.7 peratus majikan menyatakan mereka mengalami masalah kemerosotan produktiviti pekerja.
Pengambilan cuti sakit mencatatkan peningkatan paling tinggi iaitu 23.5 peratus manakala lewat ke tempat kerja (22.5 peratus), ponteng (17.6 peratus), produktiviti menurun (13.7 peratus) dan lain-lain (4.9 peratus).
Pengarah Eksekutif MEF, Shamsudin Bardan berkata, situasi yang lebih teruk mungkin berlaku pada Piala Dunia 2014 berbanding kejohanan itu yang diadakan pada tahun 2010 apabila perlawanan bermula lebih awal iaitu dari pukul 7.30 petang hingga 2.30 pagi.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! 19/6/2014
Monday, 16 June 2014
Cheese Tart ku ke Melaka - 15/6/2014
Sunday, 15 June 2014
Semalam emak berpesan.......
Banyak emak berpesan
Pesan mak pesan ulangan
Agar jaga tali persaudaraan
Agar ingat ayah dikuburan
Seraya tanganmu mak memarut kelapa
Untuk juadah anak yang belum merasa
Lauk pusaka mencuri rasa
Cendawan busut masak lemak itulah dia
Mak...
Kaulah satu dalam bejuta
Masakan mu kurindu selamanya
Kudratmu kurang kau gagahi jua
Tanpa menggira erti penat
Segalanya untuk selera anak-anak
Untuk kegembiraan anak-anak
kerna mak ada sepuluh anak
dan anakmu ini hanya ada seorang mak.
kerna mak ada sepuluh anak
dan anakmu ini hanya ada seorang mak.
Demi mak....
Aku berdiri penuh setia
Kerana kau aku rindui sentiasa
Arwah ayah aku rindui jua
Aku sanggup buat apa saja
Mak.....
Mak.....
Dalam kepekatan malam mak berada
Lambaian mak masih segar di kepala
Hangat tanganmu mak memang ketara
Terasa kali ini bersalam denganmu tak puas rasanya
Hangat tanganmu mak memang ketara
Terasa kali ini bersalam denganmu tak puas rasanya
Jangan khuatir mak....
Doaku masih setia untuk mak
Doaku masih setia untuk arwah ayah
Doaku masih setia untuk arwah ayah
Doaku utk kebahagian mak dan ayah
Doaku agar ikatan silaturrahim kuat gagah
Doaku supaya sinar itu sentiasa cerah
Ketahuilah mak....
Darahku mengalir darah mak
Darahku mengalir darah ayah
Darah mak darah kelembutan
Darah ayah darah ketegasan dan kebenaran
Dua darah yang mengalir dijasad ini perlukan keadilan!!!
Demi dhuha dan tahajjud mu.....
Dari dulu hingga kini
Tidak kurang malah kau tambahi
Dulu aku tidak mengerti
Ketika itu aku remaja enak dibuai mimpi
Selalu ku terlihat engkau bangun di subuh hari
Apabila dinihari masih berdiri
Siap mandi untuk kesegaran diri
Puasa hari putih amalanmu tidak dilupai
Puasa hari putih amalanmu tidak dilupai
Pada Yang Maha Esa engkau mengabdikan diri
Mak....
Solat subuhmu sentiasa berjemaah
Di surau taman kerna ukhwah abadan abada
Sebelum berjemaah aku kau terjah
Dihujung katil engkau bersyarah
Disubuh hari gelap sudah
Suara lembut mengatur langkah
Kau ingatkan jangan tidur tak sudah
Lembut suara itu aku pasrah
Walaupun engkau tidak menjerit
Tapi aku pasti bangkit
Sampai sekarang aku pelik mak
Memori itu tidak akan berpatah balik
Memori itu tidak akan berpatah balik
Ya Allah..
Kau bagilah ketenangan abadi untuk kedua orangtuaku
Kau bagilah kesihatan abadi untuk kedua orangtuaku
Mak....
Doa mak doa diharap
Dari semua anak-anak......
Namun mak....
Aku takkan mampu
Tanpa tepukan semangatmu dibahuku
Tanpa lafaz doa dan restumu
Di setiap langkah ku....
I love you so much mak.....
....... Dari anakmu yang jauh dimata dekat dihati.... MaznahRazakCikSuri@15062014/9AM
Wednesday, 11 June 2014
Restoran Murni @ Taipan USJ
Restoran ini menyajikan makanan yang memang sedap di dalam kuantiti yang banyak.
Menu-menu yang sedia ada pun memang pelik bagi yang pertama kali dengar.
Tempat solat pun disediakan.
Kalau teringin nak ke sini, sila awal sikit untuk mengelakkan kesesakan di dalam restoran.
Opening times: Open daily except Mondays, 11am-2am
Tuesday, 10 June 2014
Oppppss! Cantas di Tebuk Berihun
MISSION : 8/8/2014 (AHAD)
Antara alatan yang terlibat semasa acara gotong-royong membersihkan kampong halaman termasuklah kaki dan tangan.
Api... Api.....
Api makin marak
Ada yang menyedari tapi tidak dipedulikan,
tak percayalah konon... leka berborak lagi sambil ketawa-ketawa,
sindir sindir lagi sambil gurau-gurau
Maka api mengambil kesempatan menjadi bertambah besar
ha masa tu baru nak percaya..
baru berlari macam tak cukup tanah memasing..... hehehe
Mujurlah diselamatkan... Syukur...
Kali ini makanan menggunakan kaedah 'pot luck'. Inilah antara makanan yang ada. Pagi-pagi dah pergi Pasar Sungai Besar. Paling menarik ialah Udang Galah. Jodoh udang galah petai.. pergghhh sesyuai la tu....
Buah Mengkudu... makin tak dijaga makin berbuah lebat....
Nama Jambu ni Jambu Bol. Susah nak jumpa sekarang ni.
Sketsa di penghujung cerita.....
Tak lupa juga Tahlil Arwah ..... Al-fatihah....
Semuga berjumpa lagi dilain masa.
Berilaan....
Thursday, 5 June 2014
Fruit Tarts I Love You
Ini tempahan dari syarikat tempat aku bekerja. Kata Sara ada project meeting pada 5/6/2014. Menu aku akan dihidangkan untuk hi-tea petang nanti. Alhamdullilah mereka masih memberi kepercayaan pada aku untuk sesuatu yang aku terlalu gembira untuk melakukannya. Apa yang penting bagi aku keikhlasan dan kejujuran dalam melakukannya. Syukur atas segalanya.
Untuk sesuatu yang baru ini, aku cuba taburkan almond panggang yang telah dicincang halus untuk menimbulkan mood yang segar...
Tuesday, 3 June 2014
Sunday, 1 June 2014
Cuti Sekolah Tengah Tahun Musim Orang Kawin
Ini antara yang menarik di majlis kenduri kahwin siang tadi. Memang idea yang bagus. Bukan saja menarik perhatian kanak-kanak malah orang dewasa pun tertarik.
Dan yang paling sweeeetttt tetamu akan menerima ini, seutas tasbih dengan 33 biji manik.....
Semuga hati dan lidah kita sentiasa berzikir...
Subscribe to:
Posts (Atom)