Thursday 19 June 2014

FIFA WORLD CUP 2014 #ola Bola


Ini pun orang panggil demam jugak ni. Demam bola namanya. 



KUALA LUMPUR - Simptom demam Piala Dunia 2014 yang melanda negara ketika ini telah menyebabkan banyak syarikat mengalami kerugian besar apabila prestasi produktiviti pekerja terjejas apabila berlaku peningkatan kes pengambilan cuti sakit (MC), lewat ke tempat kerja dan ponteng.
Keadaan itu berlaku apabila ramai pekerja terpaksa bersengkang mata untuk menonton perlawanan bola sepak tersebut sehingga mengakibatkan mereka tidak cukup tidur dan rehat.
Ini berikutan waktu siaran langsung perlawanan bola sepak itu yang berlangsung di Brazil bermula dari pukul 12 tengah malam hingga 8 pagi.
Kempen Piala Dunia 2014 itu diadakan dari 12 Jun hingga 14 Julai ini.
Berdasarkan kaji selidik yang dijalankan oleh Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) untuk Piala Dunia 2010, sebanyak 61.7 peratus majikan menyatakan mereka mengalami masalah kemerosotan produktiviti pekerja.
Pengambilan cuti sakit mencatatkan peningkatan paling tinggi iaitu 23.5 peratus manakala lewat ke tempat kerja (22.5 peratus), ponteng (17.6 peratus), produktiviti menurun (13.7 peratus) dan lain-lain (4.9 peratus).
Pengarah Eksekutif MEF, Shamsudin Bardan berkata, situasi yang lebih teruk mungkin berlaku pada Piala Dunia 2014 berbanding kejohanan itu yang diadakan pada tahun 2010 apabila perlawanan bermula lebih awal iaitu dari pukul 7.30 petang hingga 2.30 pagi.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! 19/6/2014


No comments:

Post a Comment